Info Upah Haji

SYARAT – SYARAT WAKIL ATAU ORANG MENGAMBIL UPAH HAJI

Syarat-syarat untuk menjadi wakil atau mengambil upah menunaikan haji orang
lain ialah:-

  1. Orang itu
    telah pun menunaikan fardu haji untuk dirinya sendiri dengan sempurnanya,
    Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:- “Dari Ibnu Abbas
    r.a bahawa Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki berkata ketika
    mengerjakan haji: ” Aku sahut seruan mengerjakan haji menggantikan
    Syubrumah”. Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya: “Sudahkah
    engkau mengerjakan haji untuk diri engkau sendiri” ? Jawab lelaki
    itu, “Belum”. Rasulullah s.a.w berkata kepadanya, kalau begitu
    hendaklah engkau kerjakan haji untuk diri engkau sendiri dahulu, kemudian
    engkau kerjakan haji untuk Syubrumah pula” (Riwayat-Abu Daud dan Ibnu
    Majah)
  2. Hendaklah
    melakukan fardu haji untuk seorang sahaja bagi satu musim haji.
  3. Mestilah
    berihram pada miqat orang yang dihajikan itu atau pada tempat yang sama
    jauhnya dengan miqat itu. Jika ditentukan kepadanya, maka hendaklah dia
    berihram pada sesuatu miqat yang ditentukan, jika tidak ditentukan, maka
    haruslah bagi orang yang mengambil upah itu berihram pada miqat yang
    dilaluinya. Bagi orang yang berada di Mekah yang mengambil upah haji, maka
    wajiblah dia keluar kepada miqat yang dihajikannya, atau boleh juga pada
    mana-mana miqat yang lebih hampir kepadanya. Jika dia berihram daripada
    miqatnya (di Mekah) nescaya berdosa dan wajib atasnya dam.
  4. Hendaklah
    seorang yang cukup mahir bagi mengerjakan ibadat haji itu dengan
    sempurnanya, seperti dia mengerjakan haji untuk dirinya sendiri.
Update me when site is updated

Leave a Reply