Cara Memohon Upah Haji
Cara melakukan Upah Haji adalah seperti berikut :
- Hubungi Pejabat kami dengan menelefon 05 – 622 2031 / 05-621 9708 (pej), 019-5751990 (Haji Sallehuddin),dan nyatakan hasrat ingin membuat upah haji. Anda juga boleh menghubungi kami melalui e-mail auliatravel.intan@hotmail.com
- Isi Borang Permohonan Upah Haji dengan lengkap. Borang boleh didapati di Pejabat kami, melalui e-mail atau melalui fax. Borang yang telah diisi, boleh dikembalikan ke pejabat kami melalui pos,faks atau e-mail.
- Buat pembayaran ke dalam akaun yang ditetapkan. Bayaran boleh di buat di Pejabat kami atau melalui akaun bank.
- Buat Aqad Wakil iaitu tuan puan melafazkan aqab mewakilkan kepada pihak kami untuk menghasilkan Satu Haji dan Satu Umrah bagi Allayarham ..……… Aqad ini boleh dilakukan di Pejabat kami atau jika anda tidah dapat hadir ke pejabat kami, anda boleh melakukannya melalui telefon.
- Setelah tamat Musim Haji, pihak kami akan menghubungi pihak Pengupah untuk menyatakan bahawa Badal Haji telah selamat dilakukan oleh orang yang menerima Upah Haji berkenaan.
- Pengupah datang ke Pejabat kami untuk menerima cenderahati/tanda dan sijil Haji Badal.

Leave a Reply